Thursday 20 December 2012

Renung-renungkan

Sabda Rasulullah SAW: 
« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »
“ Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Islam memang mewajibkan setiap umat untuk menuntut ilmu.. Akan tetapi,terdapat juga beberapa penyakit yang berbahaya pada orang yang berilmu.. Bukan semua tetapi segelintir daripada kita..

PENYAKIT ORANG BERILMU


  1. SOMBONG
  2. TIDAK MAHU MENGALAH
  3. TIDAK MAHU MENDENGARKAN ORANG LAIN
  4. INGIN MENGALAHKAN PARA ULAMA'
  5. INGIN DIDENGARKAN
  6. UJUB
  7. MEREMEHKAN ORANG LAIN DAN ORANG AWAM




-KH.ASRORI AL-ISKHAQI-

Pengertian bagi Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri,merasa diri hebat,bangga diri dan terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan Ujub boleh datang bila-bila masa:-

-Orang yang rajin beribadah dan merasa kagum dengan ibadahnya.
-Orang yang berilmu,kagum dengan ilmunya.
-Orang yang cantik,kagum dengan kecantikannya.
-Orang yang baik,kagum dengan kebaikannya.
-Orang yang berdakwah,kagum dengan dakwahnya.

Tepuk dada,tanya iman.. Adakah kita memiliki satu atau lebih daripada penyakit-penyakit tersebut?? Sama-samalah kita mencari keberkatan daripada Allah SWT sama ada di dunia dan juga di akhirat kelak..
''رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ''

-Rabbana atina fid dunya hasanah wafil akhirati hasanah wa qina azaban naar..

-Our Lord! Grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire [Baqarah, 2:201]